Feb 19, 2007
Game Perempuan

 
 
 
1,215 peserta beraksi di Nisa’ Games 2007


Intan Abdullah
Fri | Feb 16, 07 | 02:11:04 PM KOTA BHARU, 16 Feb (Hrkh) - Sebanyak 1,215 peserta yang mewakili 13 negeri dan 14 kawasan parlimen di Kelantan bakal beraksi dalam kejohanan Nisa’ Games 2007 yang akan bermula pagi esok.

Menurut Urusetia Nisa’ Games 2007, Hafsah Hamdan kesemua peserta yang telah sampai ditempatkan di Kem Kijang, dan selebihnya akan tiba secara beransur-ansur sehingga awal pagi esok sebelum memulakan cabaran di Kota Bharu.

“Program sukan wanita Islam julung-julung kalinya diadakan di Kelantan dan ia dijangka mendapat liputan yang meluas daripada pihak media terutamanya dengan kehadiran pelari terpantas di Asia, Ruqaya Al Ghasara," katanya di sini.

Lima acara dipertandingkan iaitu bowling akan diadakan di Pacific Bowl, KB Mall, badminton (Dewan Jubli Perak MPKB BRI), bola jaring dan bola tampar di Stadium Sultan Mohammad Ke IV dan futsal di United Futsal di Pintu Geng.

Acara perasmian akan diadakan malam esok disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Stadium Sultan Mohammad Ke IV dan penutup malam Isnin dilakukan timbalannnya Dato’ Ahmad Yakob di Putik.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, konsep Nisa’ Games 2007 telah berjaya mengumpulkan remaja dan belia wanita daripada pelbagai latar belakang.

Katanya, mereka termasuk dari kalangan surirumah, pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi, ibu tunggal, pekerja kilang dan kakitangan kerajaan yang akan menyertai sukan wanita ini.

Ujar beliau, antara lain tujuan penganjuran program itu bagi mengumpulkan sukarelawan yang terdiri daripada remaja dan belia wanita dalam usaha menggalakkan mereka menyertai kejohanan bagi menambah lagi kecerdasan fizikal dan minda.

“ Ini kerana semua tenaga kerja program ini terdiri daripada wanita, sama ada pemain, urusetia, jurulatih, mahu pun pengadil bagi menjayakannya,” tambah beliau.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, aspek kesihatan perlu dijaga bagi melahirkan golongan muslimat yang cergas kerana mereka mempunyai bebanan tanggungjawab besar kepada keluarga.

Katanya, kaum wanita mempunyai tanggungjawab kepada anak-anak, suami dan peranan di pejabat bagi mereka yang berkerja.

Lagi pun tambah beliau, Islam tidak melarang wanita bersukan selagi menjaga batas aurat dan tidak melibatkan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan.

Manakala petang tadi diadakan raptai bertempat di Stadium Sultan Mohammad Ke IV yang melibatkan kontijen-kontijen dari seluruh negara. Suasana kemeriahan sukan itu mulai terasa sekarang.

Malah, tempat-tempat penginap di hotel dan resort mulai penuh dan tidak dapat lagi menampung tetamu yang lambat mendaftar

Posted at 08:01 am by muharikah

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry


muharikah
July 7th
Female
Dundee
   

<< February 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed